LTAT komited perkasa kebajikan, kesejahteraan warga ATM

Iklan
Peluncuran Jelajah Wira LTAT Edisi Utara yang disempurnakan Mohamed Khaled (depan) di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) meneruskan komitmen menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penganjuran Jelajah Wira LTAT 2025: Edisi Utara yang berlangsung dari 11 hingga 25 Oktober lalu.

Program itu merupakan kesinambungan siri libat urus yang sebelum ini dikenali sebagai Minggu Bersama Pencarum (MBP), bertujuan memperkukuh hubungan bersama pencarum dan menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan anggota pertahanan negara.

Iklan
Iklan

Pelancaran rasmi edisi tahun ini disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah sebelum diteruskan ke Perlis, Pulau Pinang dan Perak melibatkan lebih 6,500 penyertaan daripada 35 kem ATM.

Penyerahan cek cura Kem Santuni Madani BHPetrol di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Iklan

Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi dalam ucapan perasmian berkata, setiap sen caruman anggota ATM adalah amanah besar dan tanggungjawab itu tidak dipandang ringan.

“LTAT wujud kerana pengorbanan para wira negara. Maka, ia menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan amanah ini diurus dengan integriti, kebijaksanaan dan kecekapan tertinggi,” katanya.

Iklan

Beliau turut menekankan kepentingan LTAT untuk berada di lapangan bagi mendengar keperluan sebenar warga tentera melalui sesi dialog dan libat urus secara langsung.

“LTAT harus hadir secara fizikal bagi memahami suara para pencarum. Setiap pertemuan sebegini membantu kami menambah baik perkhidmatan dan merancang penyelesaian yang lebih relevan,” jelasnya.

Selari dengan agenda Belanjawan Madani dan Bulan Celik Kewangan, Edisi Utara tersebut diadakan sehari selepas pengumuman Belanjawan Madani 2026.

MOHAMMAD ASHRAF

Menurut Muhammad Ashraf, penekanan kerajaan terhadap pertahanan negara, kebajikan anggota dan veteran ATM akan terus disokong oleh LTAT menerusi inisiatif pendidikan, latihan serta kesediaan bekerja.

“Program berkenaan bertepatan dengan Bulan Celik Kewangan 2025 yang menekankan kepentingan merancang masa depan kewangan dengan lebih bijak dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Setiap anggota ATM bukan sahaja perlu kuat di medan pertahanan, tetapi juga celik dalam pengurusan kewangan dan masa depan keluarga mereka,” katanya.

Melalui program literasi kewangan yang telah menjangkau lebih 40,000 warga ATM sejak tahun 2023, LTAT terus memastikan pencarum memahami caruman mereka dan memanfaatkan kelebihan yang disediakan sepenuhnya.

Rakan strategik

Selain itu, pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan se panjang Jelajah Utara. Antaranya AFFIN PERKASA, Program Kesetiaan Royale Warisan, Sekolah Angkat MADANI, Kem Santuni MADANI, LTAT Contribution Management System (LCMS) dan Portal MyWIRA.

Jelajah Wira LTAT 2025: Edisi Utara melabuhkan tirainya di Pangkalan Tentara Laut Diraja Malaysia Lumut, Perak.

Inisiatif-inisiatif tersebut me perlihatkan kesepaduan dan sinergi dalam Syarikat Kumpulan LTAT yang bergerak seiring dengan visi memperkukuh ekosistem kesejahteraan sosial warga ATM dari aspek ke wangan, pendidikan, kesihatan serta komuniti.

⁠LTAT turut mengambil berat penekanan terhadap kesejahteraan warga ATM yang sentiasa diutamakan oleh Mohamed Khaled.

Pendekatan itu mencerminkan keprihatinan LTAT dalam melaksanakan perkara yang benar dan berimpak tinggi kepada warga ATM serta selaras dengan seruan Kerajaan MADANI.

Sehubungan itu, LTAT dan syarikat kumpulannya telah menyahut aspirasi tersebut melalui pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI, dengan mengangkat 38 buah sekolah dalam kem tentera bagi usaha penambahbaikan ekosistem pembelajaran anak-anak warga ATM dan komuniti sekeliling.

Mengulas lebih lanjut, Mohammad Ashraf menjelaskan, inisiatif berkenaan membuktikan LTAT kini bukan sekadar mengurus dana persaraan tetapi rakan strategik sepanjang kerjaya anggota tentera. “Kami bukan sekadar mengurus pelaburan mereka, tetapi turut melabur dalam kehidupan, keluarga dan masa depan mereka,” katanya.

Inisiatif baharu diperkenalkan sepanjang Jelajah Utara:

AFFIN PERKASA: Pakej kewangan komprehensif termasuk pembiayaan, pelaburan, takaful dan sokongan perniagaan khas warga ATM.

Program Kesetiaan Royale Warisan: Ganjaran eksklusif untuk pencarum LTAT di rangkaian Royale Chulan Hotels & Resorts.

Sekolah Angkat Madani: Penambahbaikan bilik pembelajaran digital dan program STEM di sekolah dalam kem tentera seperti Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang.

Pemerkasaan Usahawan Wira: Program keusahawanan untuk veteran ATM (enam bulan) yang menyaksikan peningkatan pendapatan peserta sehingga 216 peratus.

Kem Santuni MADANI: Penambahbaikan Surau Al-Falah di Pangkalan Udara Butterworth dengan manfaat kepada 2,000 anggota.

Sistem LCMS & Portal MyWIRA: Transformasi digital penuh dalam pengurusan caruman warga ATM.