Lembaga Disiplin Bersatu tidak dipengaruhi, bebas
Iklan
Tindakan membuat tuduhan dan mencetuskan kekeliruan hanya akan menjejaskan imej Bersatu. Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Redzuan
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof membidas tindak tanduk beberapa pemimpin parti itu yang meragui kebebasan Lembaga Disiplin parti tersebut.
Jelas beliau, dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah tidak berasas dan hanya dakwaan semata-mata.