Israel serah 30 jenazah rakyat Palestin di tengah gencatan senjata, ada kesan penyeksaan

Iklan
Petugas di Kompleks Perubatan Nasser memindahkan beg berisi mayat 30 tahanan Palestin yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tebusan, sebaik tiba di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

GAZA -  Hospital Nasser di Bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, memaklumkan bahawa ia telah menerima 30 jenazah dan cebisan tubuh rakyat Palestin yang diserahkan oleh pihak berkuasa Israel melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Hospital itu pada Jumaat berkata, ini merupakan kumpulan kelima jenazah yang diterimanya daripada ICRC sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa.

Iklan
Iklan

Menurut petugas perubatan, kebanyakan jenazah menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, kesan terbakar dan tembakan.

Ramai mangsa didapati diikat pada bahagian tangan dan mata, dan dalam beberapa kes, wajah mereka begitu teruk dicacatkan sehingga keluarga tidak dapat mengenal pasti identiti.

Iklan

Penyerahan itu menandakan fasa awal pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober.

Perjanjian itu, yang dipantau oleh Amerika Syarikat dan melalui pengantaraan Mesir, Qatar serta Türkiye, melibatkan pertukaran tahanan dan jenazah antara Israel dan Hamas.

Iklan

Keluarga di Gaza kini berusaha mengenal pasti jenazah ahli keluarga mereka yang dipulangkan dari Israel tanpa nama, dengan berpandukan kepada ciri fizikal atau pakaian, memandangkan kemudahan forensik tidak lagi beroperasi akibat sekatan Israel dan kemusnahan makmal. - Bernama-WAFA