IPOH - Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, petang Jumaat.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mayat Zahari Zainuddin, 70, dijumpai 3.48 petang hasil pencarian bersama beberapa agensi keselamatan dan penduduk kampung.