SHAH ALAM – Gara-gara kemurungan akibat putus cinta, seorang pelajar perempuan cedera selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah menengah di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berkenaan.
"Mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.
"Mangsa mengalami luka di dahi serta kaki dan kini dilaporkan dalam keadaan sedar serta stabil," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemurungan yang dialami mangsa.
"Mangsa dipercayai putus cinta dengan teman lelakinya yang juga pelajar di sekolah sama.
Iklan
"Kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan," katanya.