Ringgit ditutup kukuh susulan sentimen risiko bertambah baik, ketegangan AS dan China reda
Iklan
Pada sesi petang Jumaat, mata wang tempatan terus mengukuh berbanding dolar AS dengan pasangan dolar AS-ringgit mencecah RM4.1853. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama yang lain pada Jumaat disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan ketegangan perdagangan di antara AS dengan China mereda.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1860/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Khamis.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketegangan perdagangan AS-China mereda secara tidak langsung meningkatkan sentimen terhadap mata wang serantau termasuk ringgit.
"Pada sesi petang, mata wang tempatan terus mengukuh berbanding dolar AS dengan pasangan dolar AS-ringgit mencecah RM4.1853," katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada penutup dagangan, ringgit mencatatkan kenaikan berbanding yen kepada 2.7162/7210 daripada 2.7266/7300 ketika ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5025/5117 daripada 5.5304/5370 dan naik berbanding euro kepada 4.8453/8534 daripada 4.8716/8774 sebelumnya.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Iklan
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2185/2241 daripada 3.2285/2326 ketika ditutup pada Khamis, melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.9429/9702 daripada 12.9501/9723, lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 251.7/252.2 daripada 252.0/252.4 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.12/7.14 daripada 7.12/7.13 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>