KUANTAN- Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Teluk Cempedak, di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemui kira-kira jam 3.48 petang tanpa sebarang pengenalan diri.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika ditemui mayat dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna hitam.
"Mayat lelaki itu masih berada di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sementara warisnya dikesan untuk pengecaman dan proses tuntutan jenazah," katanya.
Ashari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes melalui talian 019-9152879.