Pemandu maut tersepit treler muatan balak terbalik

Iklan
Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam treler tersebut. - Foto: PDRM

LIPIS – Seorang pemandu treler yang membawa muatan kayu balak maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai terbabas dan terbalik di Kilometer 8, Jalan Lipis–Kechau, berhampiran Felda Kechau 8, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, M Murugan, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit kira-kira dua jam di dalam kenderaan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, treler berkenaan dipercayai terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik, menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati treler yang dipandu mangsa bergerak dari Sungai Yu, Merapoh menuju ke Mentakab untuk menghantar muatan kayu balak.

Iklan

“Apabila sampai di lokasi kejadian semasa mendaki jalan berbukit, dipercayai pemandu telah hilang kawalan lalu kenderaan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Treler yang membawa muatan balak dipercayai hilang kawalan dan terbalik.

Iklan

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit di dalam treler berkenaan.

Jelasnya lagi, pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lipis.

Ismail berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam yang menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan, selain menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.