Awas, risiko masuk perangkap pedofil
Iklan
Karakter yang dibangunkan Horangi99 di Roblox.
SHAH ALAM - Ibu bapa perlu menetapkan ‘parental control’ pada permainan video dalam talian mengikut usia anak-anak sebelum membenarkan mereka bermain.
Pencipta kandungan Roblox yang hanya mahu dikenali dengan nama pena Horangi99 berkata, meskipun terdapat banyak kebaikan termasuk menyerlahkan kreativiti dan mengasah daya imaginasi, namun sisi buruk permainan dalam talian tidak boleh dipandang ringan.