Terlalu banyak mudarat permainan dalam talian
Iklan
Ciri permainan dalam talian yang membolehkan pemain mencari rakan atau lawan secara rawak menimbulkan risiko kepada tingkah laku sosial kanak-kanak. Gambar hiasan (Gambar kecil: Shahul Hamid)
SHAH ALAM - Permainan dalam talian berisiko besar bukan sahaja mendedahkan seseorang pemain itu, terutama kanak-kanak, kepada kandungan ganas, tekanan emosi, penipuan kewangan dan risiko keselamatan siber.
Sebaliknya, pemain juga akan terdedah kepada scammer sehingga melibatkan kerugian wang serta berinteraksi secara tidak sihat dengan individu menerusi ruangan sembang kumpulan permainan tersebut.