Apa hal lagi Bersatu?
Iklan
Banyak orang ramalkan Bersatu akan berpecah dan terhakis jikalau krisis dalaman ini berterusan. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
NAMPAKNYA Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail kenalah halakan meriam kemarahannya pada partinya sendiri.
Selama ini bukan main garangnya dia cari salah orang lain, khususnya kerajaan. Rupanya dia sendiri jadi sasaran serangan dari dalam yang anti-Tan Sri Muhyiddin Yassin.