Permit banyak, pemandu ‘asal boleh’
Iklan
Insiden lori membawa muatan tanah hilang kawalan melanggar tiga kenderaan ketika menuruni bukit di simpang empat lampu isyarat Jalan Bukit Cherakah/Jalan Seri Jaya, Meru, Klang pada minggu lepas.
SEJAK akhir-akhir ini apabila saya memandu dari arah Klang ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Shah Alam (KESAS), rasa seriau itu datang. Lebih-lebih lagi sekiranya tersangkut dalam kesesakan.
Bukan takut lambat sampai ke destinasi tapi cuaknya apabila dikepung lori berat yang meluncur di lebuh raya.