Tahun cemerlang Wisma Putra
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang menyertai pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan semasa Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-28, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto Bernama
PENUTUP Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur semalam secara simboliknya menandakan berakhirnya peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan baton kepimpinan itu kini diserahkan kepada Filipina yang akan memegang tanggungjawab tersebut pada tahun 2026.
Bagi sesetengah orang, oleh kerana Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung setiap tahun, maka ia dianggap business as usual (urusan seperti biasa).