Hai Gen Z pemilik masa kini
Iklan
Kalau hendak mengenali Gen Z, kita perlu terlebih dahulu mengenali ‘bahasa’ mereka. Foto hiasan/123RF
FAHAM makna no cap, bet, rizz, slay, sus, bussin, dank? Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan yang merungut susahnya hendak memahami Gen Z supaya belajar mengenali perkataan itu dahulu.
Lebih baik lagi jika mempelajari puluhan perkataan lain, yang sebahagiannya mungkin kita tidak pernah dengar sama sekali, yang lain pula kita biasa dengar tetapi maksudnya bagi mereka berbeza dengan maksud kita faham selama ini.