PENYANDANG juara, Kuala Lumpur, dilihat berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 selepas undian menempatkan mereka dalam kumpulan yang dianggap seimbang.
Bagi acara regu lelaki, skuad warga kota diundi dalam Kumpulan A bersama Pulau Pinang, manakala bagi acara regu wanita, Kuala Lumpur sekali lagi mengetuai Kumpulan A bersama Perlis, memberikan peluang besar buat mereka mempertahankan reputasi selaku kuasa besar sepak takraw negara.
Sementara itu, naib juara edisi lalu, Perak, dijangka berdepan tentangan getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Bomba dan Pahang dua lawan yang memiliki rekod konsisten saingan domestik.
Dalam pada itu, Kelantan mengambil pendekatan berbeza apabila hanya menyertai acara kuadran, sekali gus tidak menyertai dua lagi kategori yang dipertandingkan.
Format edisi keempat Piala Tun Ali di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, dari 3 hingga 9 November menyaksikan juara dan naib juara kumpulan regu dan kuadran lelaki mara saingan kalah mati manakala juara kumpulan regu wanita layak suku akhir
PIALA TUN ALI 2025
REGU LELAKI
KUMPULAN A
Kuala Lumpur
Pulau Pinang
KUMPULAN B
Perak
Bomba
Pahang
KUMPULAN C
Negeri Sembilan
Terengganu
ATM
KUMPULAN D
Johor
Selangor
PDRM
KUMPULAN E
Sabah
MARA
KPT-Masum
KUMPULAN F
KPM-MSSM
Melaka
Penjara
KUMPULAN G
Putrajaya
Kedah
Perlis
KUADRAN LELAKI
KUMPULAN A
ATM
Kedah
Perak
KUMPULAN B
Penjara
Terengganu
Kuala Lumpur
KUMPULAN C
Johor
Pahang
Perlis
KUMPULAN D
KPT - Masum
Bomba
Melaka
KUMPULAN E
Sabah
Pulang Pinang
Putrajaya
KUMPULAN F
Selangor
KPM-MSSUM
Negeri Sembilan
KUMPULAN E
Kelantan
PDRM
KUMPULAN F
PDRM
Kelantan
MARA
REGU WANITA
KUMPULAN A
Kuala Lumpur
Perlis
KUMPULAN B
Perak
Penjara
Pahang
KUMPULAN C
Selangor
PDRM
Melaka
KUMPULAN D
Mara
Sabah
Pulau Pinang