Lelaki ditahan sebar gambar lucah bekas kekasih

Iklan
Seorang lelaki berusia 40 tahun ditangkap kerana disyaki menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya di kumpulan WhatsApp pelajar sebuah kolej. Gambar hiasan, gambar kecil: Naazron

KAJANG - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya di aplikasi kumpulan WhatsApp pelajar sebuah kolej.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 8.26 malam Khamis daripada seorang wanita tempatan berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kolej swasta berhubung pengedaran gambar lucah dan mengaibkan disyaki milik bekas pelajar wanita kolej tersebut.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, seorang lelaki tempatan yang juga penganggur berusia 40 tahun ditahan pada jam 9.35 malam Ahad.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Naazron berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

"Lelaki itu telah direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-2176278 bagi membantu siasatan," katanya.