Bergaduh di kedai makan, sembilan lelaki dicekup polis

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah Pekan Rengit, Batu Pahat.

BATU PAHAT - Sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Pekan Rengit di sini pada Isnin hingga video kejadian turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun itu ditangkap atas kesalahan merusuh di tempat awam sejurus selepas kejadian kira-kira jam 2 pagi berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan oleh pasukan Ronda Cegah Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 40 saat memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh sambil saling memukul menggunakan kerusi dan meja plastik di kedai makan tersebut.

Walaupun kedengaran seorang lelaki dipercayai pemilik kedai memberi amaran supaya pergaduhan dihentikan tetapi semua suspek tidak mengendahkannya mengakibatkan beberapa meja dan kerusi rosak.

Iklan