Shahidan mampu perkukuhkan PN Perlis - MB

Iklan
Mohd Shukri (kanan) menyokong pelantikan Shahidan sebagai Pengerusi PN Perlis baharu. Foto FB Mohd Shukri

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli melihat pelantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri yang baharu menggantikan beliau mampu memperkukuhkan perpaduan dan kekuatan gabungan parti itu.

Mohd Shukri berkata, kepimpinan Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau itu diharap dapat memastikan PN kekal mentadbir di Perlis dan membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Iklan
Iklan

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Shahidan atas pelantikan sebagai Pengerusi PN Perlis yang baharu.

"Semoga dengan pelantikan ini, Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini, sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis serta membawa kejayaan dalam PRU16 kelak," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Selain Mohd Shukri, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut digugurkan daripada jawatan Pengerusi PN negeri Pahang

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, jawatan itu diambil alih oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Iklan

Pelantikan Pengerusi PN negeri-negeri berkuat kuasa serta merta pada Selasa.