Perjanjian Malaysia–AS strategi menang-menang
Iklan
Mohd Afzanizam
SHAH ALAM – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS bukan sahaja membuka laluan dagangan baharu tetapi turut membuktikan strategi diplomasi ekonomi kerajaan membawa pulangan besar kepada negara.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kejayaan itu jelas apabila Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan sebanyak 1,711 barangan Malaysia kini diberikan pengecualian tarif di bawah perjanjian tersebut.