Kad sim palsu jadi topeng penjenayah
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin berhubung gesaan kepada kerajaan supaya mengenakan hukuman berat terhadap syarikat telco yang gagal mengawal serta mencegah kegiatan penipuan. Gambar kecil: Siraj
Pendaftaran longgar buka ruang penipuan digital
KUALA LUMPUR – Keldai kad sim atau mule sim card dikenal pasti antara faktor utama mendorong peningkatan jenayah siber di negara ini kerana penjenayah menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada dikesan pihak berkuasa.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kelemahan dalam proses pendaftaran kad sim serta ketiadaan integrasi penuh dengan sistem pengesahan identiti nasional menjadi ruang untuk sindiket siber beroperasi tanpa kawalan.