'Malaysia lebih banyak memberi' - Presiden Majlis Profesor Negara
Iklan
Raduan
SHAH ALAM - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan dilihat tidak mencerminkan prinsip timbal balik sebenar, sebaliknya lebih memberi kelebihan kepada pihak AS.
Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, walaupun perjanjian itu digambarkan sebagai satu usaha bersejarah untuk ‘mengimbangi semula’ perdagangan dua hala dan memperdalam integrasi ekonomi, hakikatnya struktur komitmen yang termeterai menunjukkan ketidakseimbangan ketara antara kedua-dua pihak.