Larian barakan semangat kelestarian George Town

Iklan
Lima terbaik kategori lelaki terbuka 21km bersama hadiah masing-masing.

KEINDAHAN warisan George Town kembali hidup apabila lebih 5,500 peserta pelbagai lapisan usia membanjiri jalan-jalan bersejarah sempena Alliance Bank Heritage Run 2025, menjadikannya edisi paling meriah dan mencatat penyertaan tertinggi sejak dianjurkan tiga tahun lalu.

Acara bertemakan kelestarian itu tampil dengan kelainan apabila buat julung kali memperkenalkan kategori separuh maraton sejauh 21 kilometer (km) membuka lembaran baharu buat pelari berpengalaman yang mendambakan cabaran lebih mencabar di tengah-tengah panorama tapak warisan dunia UNESCO

Iklan
Iklan

Dianjurkan dengan pengiktirafan Pejabat Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE), larian ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah memperkukuh peranan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan sukan beridentiti warisan, selaras Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 11.4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Peserta dilepaskan dalam empat kategori separuh maraton 21km, larian kompetitif 12km, 7km dan Larian Keluarga 3km — membolehkan setiap peringkat umur menikmati pengalaman berlari sambil menyusuri lorong-lorong bersejarah dan bangunan kolonial yang menjadi nadi bandar ini.

Iklan

Lima terbaik kategori wanita terbuka 21km bersama hadiah masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam yang turut menyertai suasana pelepasan peserta, menyifatkan sokongan luar biasa tahun ini sebagai tanda masyarakat semakin sedar tentang nilai kesihatan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Iklan

“Kami melihat larian ini sebagai lebih daripada sekadar acara sukan. Ia adalah wadah untuk menghidupkan semangat kebersamaan, menghargai warisan tempatan dan membina komuniti yang berdaya tahan,” katanya.

Tambahnya, penglibatan anggota masyarakat juga membuktikan minat terhadap acara berteraskan kelestarian kini semakin berkembang.

“Apabila orang ramai berlari di tengah George Town, mereka bukan sahaja berpeluh, tetapi turut menyumbang kepada usaha memelihara legasi bandar bersejarah ini untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Dalam aksi kompetitif, David Kibet muncul juara kategori lelaki 21km, diikuti Ow Yong Jin Kuang dan Yeow Ni Jia, manakala Ong Ee Ling mendominasi kategori wanita di hadapan Wong Mi-Chi dan Yee Pei Ni.

Kategori 12km lelaki pula dimenangi Joshua Loh Yixun, menewaskan Mohd Faizul Muhaieddin dan Muhammad Haziq Danish, manakala Alicia Toh Chia Yin dinobatkan juara wanita diikuti Lim Pei Ting serta Jacklyn Sabastian.