Covid-19: Warga emas korban ke-16

Iklan

SHAH ALAM - Seorang warga emas menjadi satu lagi korban Covid-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan malam ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warga Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, warga emas itu mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

"Kesihatan lelaki itu telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac (Sabtu).

Iklan

"Namun, dia telah disahkan meninggal dunia pada pada 7.40 malam hari ini,"katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Dr Noor Hisham berkata, bagaimanapun punca jangkitan Covid-19 warga emas itu masih dalam siasatan.

Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.