Kaki budak tersepit pedal basikal
Iklan
RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun cedera di bahagian kaki kiri selepas tersepit pada pedal basikal dalam kejadian di Jalan Telok Kapas, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Mohamad Daniel Irfan terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit sebelum dibantu anggota bomba dan penyelamat.
Mangsa, Mohamad Daniel Irfan terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit sebelum dibantu anggota bomba dan penyelamat. - Foto: BBP SUNGAI PINANG