Pulau Pinang rampas produk 'mustajab'
Iklan
BUKIT MERTAJAM - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini, yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai operasi pemeriksaan di premis makanan kesihatan di Jalan Baru itu, berkata produk-produk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.