Keindahan semula jadi tarikan utama pelancong asing ke Terengganu
Iklan
Razali
KUALA TERENGGANU - Keindahan alam semula jadi khususnya pulau-pulau di Terengganu menjadi faktor utama pelancong asing khususnya dari Eropah dan Australia memilih negeri ini sebagai destinasi percutian.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kajian menunjukkan lebih 70 peratus pelancong domestik dan antarabangsa yang datang ke Terengganu menjadikan pulau sebagai tarikan utama, diikuti Tasik Kenyir serta Pasar Payang.