Mitos parti lokal
Iklan
Sabah perlu pemimpin berwibawa dan perancangan jelas, bukan bergantung pada sentimen anti-Malaya. - Gambar hiasan
KEMPEN sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kian panas dengan gelombang mahu Sabah menjadi macam Sarawak. Parti-parti lokal memainkan sentimen kedaerahan ini agar mendapat sokongan rakyat Sabah yang dahagakan kemajuan.
Dongengan bahawa parti lokal membawa kemajuan kepada Sarawak sangat tidak tepat kerana proses transformasi Sarawak bermula semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Sarawak lagi.