Tersirat di sebalik Regatta Sarawak
SEKIRANYA ibu negara Kuala Lumpur minggu ini menerima kunjungan para pemimpin Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang datang bagi mengadakan persidangan kemuncak tahunannya, ibu negeri Sarawak, Kuching pula menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin menyaksikan Regatta Sarawak. Regatta adalah istilah bahasa Inggeris yang bermaksud perlumbaan perahu.
Acara tahunan sukan air berprestij ini sudah pun bermula pada 24 Oktober lalu dan berakhir pada 2 November depan. Ia berlangsung di Sungai Sarawak di Tebingan Kuching. Terletak betul-betul bertentangan di mana acara berlangsung, dipisahkan oleh Sungai Sarawak adalah tiga institusi yang menjadi lambang utama kedaulatan negeri Sarawak iaitu ASTANA, Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS) dan Dataran Ibu Pertiwi.