Dua beranak maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Nahas tiga kenderaan yang mengorbankan ibu serta anaknya berhampiran Kampung Bukit Kenangan Simpang Renggam. - Foto tular

KLUANG – Dua beranak maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam berhampiran Kampung Bukit Kenangan, Simpang Renggam, pada Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.

Iklan
Iklan

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Toyota Hilux dan van kilang.

“Nahas mengakibatkan pemandu Perodua Kancil, seorang wanita berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa maut dalam nahas berhampiran Kampung Bukit Kenangan, Simpang Renggam. - Foto JBPM Johor

Menurut beliau, seorang lagi penumpang kereta, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera manakala pemandu van kilang berusia 53 tahun turut mengalami kecederaan.

Iklan

“Pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki dewasa turut cedera dan telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.