Hujan lebat, ribut petir dijangka landa enam negeri - MetMalaysia

Iklan
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda enam negeri.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah hingga 6 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 3.05 petang ini, kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah; di Terengganau (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

Iklan
Iklan

Di Sarawak membabitkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).

Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. - Bernama 

Iklan

 

 

Iklan