Hakim Danish naik pangkat ke Moto3

Iklan
Status dimuat naik ZK Racing di laman media sosial pada Ahad.

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli terus mencipta sejarah apabila bakal beraksi dalam Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026 bersama MSI Racing Team.

Pengumuman rasmi itu dibuat pasukan berkenaan yang dikongsikan ZK Racing di laman media sosial sekali gus mengesahkan tempat Hakim dalam barisan pelumba tetap mereka bagi musim depan.

Iklan
Iklan

Peluang keemasan itu hadir selepas pelumba berusia 18 tahun dari Terengganu itu mempamerkan prestasi konsisten dan kematangan luar biasa sepanjang kempen perlumbaan Red Bull Rookies Cup dan JuniorGP yang membuka mata komuniti roda dua antarabangsa.

Perkhabaran gembira itu juga menamatkan teka-teki mengenai masa depan pelumba wildcard itu selepas menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di kedudukan ketiga keseluruhan.

Iklan
Iklan

Penyertaan Hakim Danish dalam Moto3 bukan sekadar mengangkat maruah sukan permotoran negara malah suntikan semangat buat pelumba berjiwa kental itu yang akan beraksi di GP Malaysia menerusi tiket wild card bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI.