Trump adakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26-27 Oktober - Wisma Putra
Iklan
Donald Trump
KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Oktober 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.
Iklan
Iklan
Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.
"Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS,” katanya.
Iklan
Katanya kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.
"Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan AS serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik,” katanya.
Iklan
Menurut Wisma Putra, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.
AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion (AS$71.39 bilion) pada 2024. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>