Tidak adil bagi bekas suami yang hadapi kekangan kewangan - FRAM
Iklan
Tindakan menyita atau membekukan akaun bank bekas suami yang culas membayar nafkah boleh memberi kesan besar. Gambar kecil: Malcolm
SHAH ALAM - Tindakan menyita atau membekukan akaun bank bekas suami yang culas membayar nafkah boleh memberi kesan besar khususnya terhadap mental dan kelangsungan hidup.
Justeru, Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan pelaksanaan tindakan tersebut.