Kembalilah Adlan, hadapi kenyataan
Iklan
Adlan
AWANG tak boleh bayangkan kalaulah Tuk Seri Muhammad Adlan Berhan anak atau menantu seorang menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan. Atau katakanlah beliau menantu PMX. Sudah pastilah pembangkang riuh rendah desak beliau kembali.
Semua orang tahu Adlan menantu mantan PM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beritanya siasatan ke atas kes beliau bermula Mac 2023 lagi, selepas itu beliau menghilangkan diri. Khabarnya ada di sebuah negara lain dan hidup bermewah-mewah di sana.