Kedudukan fiskal mungkin terjejas
Iklan
Peruntukan sebanyak RM17 bilion dilihat belum mencukupi memandangkan faktor geografi dan kos pembangunan yang tinggi di Sabah. Gambar kecil dari kiri: Jonnybone, Umi Hamidaton
Tuntutan 40 peratus hasil Sabah dijangka beri kesan pembangunan dirancang
SHAH ALAM – Pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah dijangka memberi kesan kedudukan fiskal negara dan sedikit sebanyak menjejaskan pembangunan yang telah dirancang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum berkata, kerajaan Persekutuan seharusnya sudah bersedia dengan situasi tersebut kerana ia telah termaktub dalam perjanjian dan sepatutnya tidak menjadi kejutan kepada mana-mana pihak.