Hubungan global pacu pertahanan
Iklan
Permodenan ATM bertujuan untuk meningkatkan kesiagaan dan keupayaan bagi menghadapi situasi ancaman keselamatan terkini.
PENULIS percaya ramai yang menantikan jumlah Peruntukan Pertahanan di bawah Belanjawan 2026 kerana peruntukan tahunan tersebut sangat penting sebagai rangsangan kepada pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berterusan menuju sasaran yang telah digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).
Yang pastinya, rakyat ingin melihat bagaimana bajet tersebut mampu meningkatkan keupayaan ATM melalui perolehan aset dan peralatan baharu.