Program Deepavali Mekdi semarak perpaduan rakyat

Iklan
Pengarah Projek Khas dan Pembinaan MCDonald’s Malaysia, Dr Kumaran Muthu menyantuni pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Bersama Mekdi di McDonald’s Caltex Bandar Puteri Klang pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KLANG – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Mekdi yang dianjurkan di 14 lokasi seluruh negara menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan rakyat berbilang kaum melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan keceriaan sempena Pesta Cahaya.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, program itu merupakan kesinambungan rumah terbuka yang turut diadakan sempena Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Kaamatan sebagai usaha menyatupadukan rakyat pelbagai latar belakang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siri rumah terbuka itu telah bermula pada 24 Oktober lalu di empat lokasi serentak iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Caltex Bandar Puteri Klang, Pandu-Lalu Batu Caves, Pandu-Lalu Greenlane dan McDonald’s Jalan Reko sebelum diperluaskan ke lokasi lain di seluruh negara.

“Setiap lokasi menawarkan pelbagai pengisian menarik dengan pengagihan 1,500 set hidangan kepada pengunjung. Secara keseluruhan, 21,000 hidangan disediakan meliputi Spicy Chicken McDeluxe, Apple Pie dan Coca-Cola untuk dikongsi bersama rakyat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Mekdi di McDonald’s Caltex Bandar Puteri pada Jumaat.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (empat dari kanan) dan Pengarah Projek Khas dan Pembinaan MCDonald’s, Dr Kumaran Muthu (tiga dari kiri) ketika merasmikan Rumah Terbuka Bersama Mekdi di McDonald’s Caltex Bandar Puteri Klang pada Jumaat. - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

Turut hadir memeriahkan acara ialah artis popular seperti Santesh, Yogi B, Balan Kash dan Amos Paul.

“Deepavali bukan sekadar perayaan festival cahaya, tetapi simbol cahaya, kebaikan dan kebersamaan yang menyatukan kita sebagai satu keluarga besar. Kami mahu memastikan setiap rakyat dapat merasai kemeriahan ini tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Jelas Azmir, penganjuran Rumah Terbuka Deepavali Mekdi tahun ini turut seiring dengan sambutan Bulan Komuniti McDonald’s yang diraikan setiap Oktober sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan rakyat.

Katanya, McDonald’s Malaysia bukan sekadar restoran makanan segera, sebaliknya menjadi ruang pertemuan komuniti untuk keluarga dan sahabat berkumpul serta mencipta kenangan bermakna.

Pengarah Projek Khas dan Pembinaan MCDonald’s Malaysia, Dr Kumaran Muthu menyantuni pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Bersama Mekdi di McDonald’s Caltex Bandar Puteri Klang pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pada masa sama, McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) turut menganjurkan sambutan hari lahir untuk kanak-kanak daripada 120 rumah kebajikan anak yatim seluruh negara bagi memastikan mereka turut diraikan sewajarnya.

Azmir berkata, komitmen McDonald’s Malaysia terhadap tanggungjawab sosial telah diterjemahkan melalui lebih 10,000 program komuniti setiap tahun yang dilaksanakan oleh lebih 370 restoran di seluruh negara bersama sekolah, rumah kebajikan dan agensi kerajaan.

“Usaha ini membuktikan bahawa McDonald’s Malaysia mengutamakan nilai keprihatinan dan rasa kebersamaan dalam membina negara bangsa,” katanya.

Sebagai jenama global yang berkembang bersama rakyat Malaysia sejak 43 tahun lalu, McDonald’s kini memberi perkhidmatan kepada sembilan juta pelanggan sebulan dengan sokongan lebih 15,000 kakitangan di seluruh rangkaian restorannya.