Langkah Tang Jie–Ee Wei di Perancis terhenti

Iklan
Cabaran Tang Jie–Ee Wei dalam Terbuka Perancis Super 750 terhenti di pusingan kedua kepada Chun Man–Ying Suet.

CABARAN beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Perancis Super 750 berakhir selepas tewas pada aksi suku akhir di Glaz Arena, Cesson-Sevigne pada Jumaat.

Pasangan pilihan keempat itu terpaksa akur apabila langkah mereka disekat oleh gandingan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet, dalam pertarungan dua set selama 37 minit.

Iklan
Iklan

Aksi bermula hambar buat Tang Jie–Ee Wei juga beregu nombor tiga dunia apabila beberapa kesilapan mudah memberi ruang kepada lawan pilihan kelapan itu menguasai rentak permainan sebelum tewas 9-21 pada set pertama.

Bangkit dengan lebih tersusun pada set kedua, juara dunia itu cuba memberi tentangan sengit, namun Chun Man–Ying Suet yang juga ranking kelapan dunia tampil lebih konsisten untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 21-18.

Iklan
Iklan

Edisi 2024, cabaran Tang Jie–Ee Wei terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada pilihan keempat, Feng Yanzhe-Huang Dongping, 18-21, 14-21.