KPM pastikan SPM 2025 lancar, siap siaga hadapi banjir

Iklan
KPM sentiasa cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam khususnya banjir. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjalan lancar.

Menurut KPM dalam satu kenyataan, kerjasama tersebut melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lain-lain.

Iklan
Iklan

KPM turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam khususnya banjir menjelang SPM tahun ini.

"Calon peperiksaan SPM 2025 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) segera sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana alam.

Iklan

“Selain itu, calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan JPN di seluruh negara," katanya pada Jumaat.

Tambah kementerian itu lagi, KPM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan komited dengan langkah persediaan serta operasi standard sewajarnya bagi memastikan SPM tahun ini dapat diteruskan secara teratur.

Iklan

“Kementerian juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan JPN di talian 03-8889 3520 atau 03-8889 3551 atau 03-8889 3601.

Bagi sektor pentaksiran dan peperiksaan JPN:

Perlis - 04-973 7632/ 04-973 7631

Kedah - 04-740 4237/ 04-740 4235/ 04-740 4247

Pulau Pinang - 04-263 1472

Perak - 05-501 5170/ 05-501 5177/ 05-501 5264

Selangor - 03-5518 6112

Negeri Sembilan - 06-765 3347

Melaka - 06-232 6467/ 06-232 3780

Johor - 07-231 0049/ 07-231 0050/ 07-231 0051

Pahang - 09-571 5736

Terengganu - 09-621 3030

Kelantan - 09-744 1411

Sabah - 013-874 4187/ 010-955 6458

Sarawak - 082-473 527/ 082-473 519/ 082-473 534

WP Labuan - 087-468 623

WP Putrajaya - 03-8889 0083

WP Kuala Lumpur - 03-6204 6180