Dilema 40 peratus hasil Sabah
Iklan
Jumaat lalu, satu perintah mandamus dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang telah mencetuskan gelombang seismik. Gambar hiasan
NEGARA pernah menyaksikan beberapa kes berprofil tinggi – Indira Ghandi, Semantan Estate, Datuk Seri Najib Tun Razak – perintah mandamus telah diputuskan dalam bentuk penghakiman mahkamah di peringkat tertinggi.
Jumaat lalu, satu lagi perintah mandamus telah dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Keputusan itu mencetuskan gelombang seismik apabila Hakim Datuk Celestina Stuel Galid berpendapat bahawa kegagalan kerajaan Persekutuan memulangkan 40 peratus hasil kutipan dari negeri di bawah bayu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan.