Agong berkenan terima mengadap bekas Panglima Tentera Udara

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap bekas Panglima Tentera Udara Jeneral (B) Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Istana Negara, pada Khamis. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap bekas Panglima Tentera Udara Jeneral (B) Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Istana Negara, pada Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu diadakan bersempena dengan persaraan Mohd Asghar Khan pada Jun lepas.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda bertitah mengucapkan selamat kepada Mohd Asghar Khan dalam memulakan lembaran seterusnya buat diri beliau,” menurut hantaran itu.

Mohd Asghar Khan, 60, yang telah berkhidmat dalam TUDM selama 40 tahun, menyandang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan itu sejak Mac 2022.

Iklan

Anak kelahiran Selangor itu menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 1983 sebagai pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja sebelum memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang TUDM pada 1985.

Pada 26 Jun lepas, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris menggantikan Mohd Asghar Khan sebagai Panglima Tentera Udara ke-21. - Bernama

Iklan