Bantuan kepada masyarakat Orang Asli

Iklan

Kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang memasuki kawasan beberapa perkampungan Orang Asli di daerah ini terpaksa melalui jalan tanah dan meredah anak sungai untuk menyampaikan bantuan di sini. 

Pemberian bantuan makanan semasa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang perlu mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). 

Iklan
Iklan

Pengerusi PKOB Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail berkata badan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan pacuan empat roda (4x4) perlu menghubungi pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat pengagihan kepada penduduk berkenaan bagi membolehkan penyelarasan dapat dilakukan dengan lancar.