AEON Bank dan ikhlas.com dorong simpanan bermatlamat menerusi MyIKHLAS Umrah Savings Pot

Iklan
Dari kiri: Ketua Jualan ikhlas.com, Mohd Wafiyuddin Mustaqim Safawi, Ikhlas, Wan Rumaizi, Ibrahim dan Aizuddin Danian dalam majlis memperkenalkan MyIKHLAS Umrah Savings Pot pada Rabu.

AEON Bank (M) Bhd, bank digital Islam pertama di Malaysia dengan kerjasama ikhlas.com memperkenalkan tabung simpanan bertema, MyIKHLAS Umrah Savings Pot bagi membolehkan pelanggan menyimpan secara konsisten dan merancang bajet untuk tujuan bermakna seperti menunaikan ibadah umrah, korban serta perjalanan mesra Muslim.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan ikhlas.com dalam mewujudkan AEON Bank x MyIKHLAS Umrah Savings Pot.

Iklan
Iklan

“Kempen ini mencerminkan komitmen kami menggalakkan rakyat Malaysia menabung dengan matlamat yang jelas malah dipermudahkan lagi dengan kemudahan perbankan digital.

“Kami komited untuk mendemokrasikan perkhidmatan perbankan sambil membina ekosistem kewangan digital berpaksikan prinsip syariah, keterangkuman dan kemampanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambah beliau, melalui ciri tambah nilai seperti Savings Pot dan Neko Sensei yang boleh diakses menerusi aplikasi AEON Bank, pihaknya berhasrat menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menguruskan kewangan termasuklah pengurusan kewangan harian dan komitmen ke arah mencapai aspirasi jangka panjang.

Sementara itu, berucap pada majlis memperkenalkan MyIKHLAS Umrah Savings Pot pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Syariah merangkap Ahli Lembaga Pengarah AEON Bank, Wan Rumaizi Wan Husin berkata, matlamat utama kolaborasi adalah mentakrif semula pengalaman perancangan umrah, di mana pengurusan kewangan serta perancangan bajet dapat membawa serta memudahkan perjalanan ke arah matlamat bermakna.

Iklan

“Tidak ketinggalan, kami juga mahu memupuk disiplin pengurusan kewangan dalam kalangan generasi muda serta menanam tabiat menabung dengan matlamat jelas.

"Kita perlu menerapkan kesedaran bahawa lebih baik untuk menabung dahulu dan berbelanja kemudian," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Perbankan Peribadi AEON Bank, Aizuddin Danian Izham Cheong dan Ketua Pegawai Syariah AEON Bank, Ibrahim Mohd Hasan.

Tersedia untuk pelanggan AEON Bank bermula 17 Oktober lalu, kolaborasi strategik ini membuka jalan bagi pelanggan untuk merancang perjalanan kewangan dan kerohanian secara serentak dengan menggabungkan kemudahan digital AEON Bank bersama tawaran perkhidmatan mesra Muslim oleh ikhlas.com.

Inisiatif berkenaan turut menyediakan pelbagai ganjaran buat penyimpan yang berjaya memenuhi matlamat tabungan termasuk pemberian baucar dan mata ganjaran.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, misi pihaknya adalah melancarkan perancangan perjalanan umrah agar lebih mudah dan bermakna.

“Melalui kerjasama dengan AEON Bank, kami berbesar hati memperkenalkan AEON Bank x MyIKHLAS Umrah Savings Pot, iaitu inisiatif yang disasarkan khas untuk membantu rakyat Malaysia merancang dan menabung dengan lebih mudah bagi mencapai matlamat umrah mereka.

“Kerjasama ini mencerminkan visi bersama dalam memanfaatkan inovasi digital bagi memperkayakan kehidupan sambil mengekalkan nilai syariah, keterangkuman dan pemerkasaan kewangan.

“Kami turut berharap dapat meneruskan usaha ini bersama AEON Bank dalam membangunkan penyelesaian yang dekat di hati dan minda pengguna Muslim moden,” katanya.