SPRM perangi rasuah di institusi pendidikan melalui komik

Iklan
Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak, Haslinda Jama'in (kanan) dan Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin bersama komik yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan SPRM.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi jenayah rasuah dengan pendekatan lebih dekat kepada masyarakat apabila menerbitkan buku komik bertajuk 'Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula' bersama Politeknik Kuching Sarawak.

Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi itu dilihat sebagai strategi baharu SPRM dalam menyemai kesedaran antirasuah kepada pelajar khususnya di peringkat teknikal dan vokasional.

Iklan
Iklan

Buku komik berkenaan dihasilkan oleh dua pensyarah Politeknik Kuching Sarawak, Haslinda Jama’in serta Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin dan akan digunakan sebagai bahan rujukan tambahan bagi Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR).

Tahun lalu kerajaan bersetuju menjadikan modul KIAR sebagai mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) seluruh negara bagi memperkukuh nilai integriti dan kejujuran dalam kalangan pelajar.

Iklan

SPRM menerusi kenyataan berkata, proses penulisan dan penyediaan buku berkenaan dijalankan antara Jun hingga awal September tahun ini sebelum melalui semakan serta kelulusan rasmi termasuk daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Penerbitan ini bukan sekadar bahan bacaan tetapi alat pembelajaran kreatif untuk memupuk kesedaran bahaya rasuah dan kepentingan integriti dalam kehidupan seharian," katanya.

Iklan