KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.