Lelaki gelandangan warga asing ditemui mati dibunuh

Iklan
Mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan berusia lingkungan 40-an ditemui dengan kesan luka di kepala. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditemui mati dipercayai dibunuh di Persiaran Ara Kiri, Bangsar di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 8.03 pagi Rabu.

Iklan
Iklan

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 10.21 malam Selasa, mangsa yang dipercayai gelandangan berusia lingkungan 40-an ditemui dengan kesan luka di kepala,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Chang Hook berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat serta mengesan saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Iklan

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di 03-2297 9222, pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Muhamad Nabil Afif Abdul Rahman di talian 012-695 5051 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.