Reman fasilitator kes cabul budak lelaki disambung tiga hari

Iklan
Suspek disambung reman tiga hari lagi untuk membantu siasatan.

BALIK PULAU - Tempoh reman fasilitator lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul empat murid lelaki disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perintah sambung reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Balik Pulau oleh Majistret Chia Huey Ting pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Suspek disambung reman bermula hari ini sehingga 25 Oktober ini untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek sebelum ini ditahan dan direman tujuh hari bermula 16 sehingga 21 Oktober untuk membantu siasatan mengikut

Iklan

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek dikatakan membuat kelakuan tersebut ketika mengikuti kem motivasi di sebuah kem di Kampung Genting, di sini pada tengah malam, 12 Oktober lalu.

Iklan

Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani pada jam 9 malam, Rabu lalu.

Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu ditahan selepas guru besar sekolah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, Perak pada hari sama.

Kesemua mangsa merupakan murid tahun 6 sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak dan datang ke kem di sini untuk mengikuti kem motivasi.

Suspek dipercayai mencabul kesemua mangsa ketika mereka sedang tidur di dorm kem terbabit.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain menjalankan perniagaan namun sering dijemput sebagai fasilitator jemputan bagi sesebuah kem motivasi.