Pelajar alami gangguan mental selepas tonton filem seram

Iklan
Seorang pelajar di China mengalami gangguan mental selepas menonton filem seram di sekolah menengah di Hengzhou. Foto hiasan

BEIJING - Seorang pelajar perempuan di China mengalami gangguan mental selepas menonton filem seram ketika sesi pembelajaran kendiri di sebuah sekolah menengah di Hengzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika pelajar dibenarkan menjalankan aktiviti secara bebas di dalam kelas.

Iklan
Iklan

Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Zihan bersama rakan-rakannya telah memilih untuk menonton sebuah filem seram dengan persetujuan guru kelas.

Bagaimanapun, pada malam yang sama, Zihan mula menunjukkan tingkah laku pelik dan bercakap tidak jelas ketika berhubung secara dalam talian dengan ibunya.

Iklan

Keluarganya segera membawa Zihan ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa Zihan mengalami gangguan kesihatan mental secara tiba-tiba akibat tekanan psikologi.

Keluarga Zihan percaya keadaan itu berpunca daripada filem yang ditayangkan di sekolah dan menuntut ganti rugi daripada pihak sekolah.

Iklan

Pihak sekolah menafikan berlaku kecuaian dan mendakwa keadaan itu disebabkan masalah kesihatan dalaman pelajar tersebut.

Mereka turut menyatakan hanya bersedia menanggung 10 peratus tanggungjawab kerana telah melaksanakan sistem pendidikan kesihatan mental yang lengkap.

Namun begitu, Mahkamah Hengzhou memutuskan bahawa pihak sekolah bertanggungjawab sebanyak 30 peratus kerana tayangan filem dilakukan dengan kebenaran guru.

Kes ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial di China yang mempersoalkan pemilihan filem seram sebagai aktiviti dalam waktu pembelajaran.