Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tasik Menawan

Iklan
Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, awal pagi Rabu. Foto BBP Johor Jaya

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah di sini, awal pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shafie Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.44 malam Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), satu unit jentera utiliti serta seramai 14 anggota bomba, dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah dikejarkan ke lokasi sejauh tujuh kilometer.

“Apabila tiba di tempat kejadian pada jam 9.54 malam, pihak bomba menemukan dua pasang selipar dipercayai milik mangsa.

Iklan

“Pihak bomba kemudiannya melakukan pencarian menggunakan teknik water surface searching pada jarak 25 kaki di sekelompok kawasan tasik, manakala PPDA menjalankan pencarian menggunakan teknik arch pattern pada jarak sama.

“Akhirnya, mangsa ditemukan di bawah batu pada kedalaman 10 kaki, kira-kira lima meter dari tebing, pada jam 2.28 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Mohd Shafie berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizee, 9, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimudi, 10, disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 3.05 pagi,” katanya.