Anthony Loke, datanglah ke Alam Budiman
Iklan
Kerajaan melancarkan 'Perang Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan' sehingga 31 Disember depan. Gambar fail Bernama
KIRA-kira seminggu yang lalu, saya terbaca kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mahu menguatkuasakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara bagi mengekang kesalahan kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan.
Menurut berita yang dilaporkan, operasi yang dinamakan “Perang Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan” itu dilaksanakan serta-merta hingga 31 Disember depan.